Assalamualaikum wbt. Hai Bloggersss dan pembaca sekalian. Orait, kali ni aku nak cerita pasalbaju tunang. Apa??? Aesya Zealous dan bertunang? Ya ya ya. Takyah terkejut sangat laaa aku sendiri pun terkejut . hahaha mana taknya, kenal bulan Februari, April dan bertunang. Gelojoh kan?? hahaha aku ikut je. Lagipun pakcik aku yang kenalkan Encik Tunang tu kat aku. Dua2 pihak setuju, jalan jela kan. Takut dikebas orang, >.<
Actually kitorang decide untuk bertunang adalah pada 3 MINGGU SEBELUM ! wahahaha actually lama dan Encik Tunang ni bagitau. Tapi aku tak confident, dan aku ingat tak serius. so aku buat derk jelaaa.. Gila apa baru kenal dah nak bertunang?? ahhahaha..
Jadi, persiapan aku jangan expect laa nak gilang gemilang gitew. Memang decide nak buat kecik kecik je. Takde besar besaran bagai/
Jadi, ni je yang ada masa majlis pertunangan aku,
BAJU TUNANG (syimatailor) + SHAWL (Benanghijau) + Veil (Sewa kat member ofis)
BUNGA TANGAN (RM15 kat kedai bunga)
KHEMAH 2 KETUL + MAKAN TENGAHARI 80 PAX
DULANG HANTARAN (13 dulang) (sewa RM10 sedulang, just tambah hiasan sikit2)
FACIAL sebelum hari majlis. abah yang suruh, kalau ikut aku. tak koseeee hakakk..
HIAS BILIK ( BELI CADAR BARU)
TAKDE PELAMIN.
PHOTOGRAPHER pun takde. Adik aku snap guna DSLR dia.
BAJU TUNANG
Aku taktau la kalau orang lain tempah ke apa tapi dalam pale otak aku ni memang beli jela, Lagi 3 minggu kejadah apa nak tempah hahah.
Seolah dipermudahkan, aku jumpa kedai baju, Syima Tailor dekat Alam Avenue, Shah Alam.
Banyakkkkk baju siap cantik2 dan ada saiz. Masa tu saiz aku 44 beb. Aku gemuk . ya, tahu. diam!!
Syima Tailor,
No 17-G, Jalan Serai Wangi K16/K,
Alam Avenue 2, Seksyen 16.
Shah Alam 40200.
Aku pun pilih la baju ni.. kaler salmon peach gitu. Salmon ke Peach? ah lantakk.
Harga?? RM200-250 gitu masa aku beli. Tak ingat harga.
Masa sale jatuh sampai bawah RM200 bila aku survey lagi sekali haritu.
Hasilnya, tadaaaaaaaaa.. cantik tak hakakkk???
Menangis kauuu hakak transform jadi gini. Akak-akak sangat. Ladiesss weyhh
MAKE UP/ MEKAP
2 minggu sebelum majlis, aku whatsapp2 dengan akak ipar aku. Pastu akak ipar aku tanya, mekap camne?
Jawapan aku, KENA MAKE UP KE??? TAK PAYAH TAKPE KE..
hahaha pengsan akak ipar aku baca.hoii mekap la sikit. muka macam kuntilanak pulak pastu ade hati xnak mekap.. harhahar
Disebabkan akak ipar aku pandai mekap maka aku suruh dia make up kan walaupun dia bukan seorang MUA..
TADAAAAAAAAAA..
MAKE UP biasa je. Nampak cantik tu maybe sebab muka asal aku memang dah cantik.. HAHAHAHAHAH #pegimampos
beberapa bulan selepas bertunang, aku ada jumpa bakal adik ipar aku..dia kata..

KAU ADA??
HAHAHAHAA
P/S : Lain-lain preparation aku akan share next next post ya. saje share untuk orang yg nak bertunang urgent macam aku ni, wuhuhu..