Assalamualaikum wbt. Post kali ni aku nak share pasal dulang2 hantaran semasa tunang pulak..
Dulang kami 13 berbalas 13. 13 daripada pihak perempuan, 13 dari pihak lelaki.
SERIUS LAA? BUKAN ADAT PEREMPUAN LAGI BANYAK KE??
KAT SINI AKU PUN TAK SEDAR. LAST COMMUNICATION ADALAH 13 VS 11
Alih alih jadi 13 berbalas 13 ?
Takpela kan. Belah sana excited nak bermenantu kot hahahahaha
**************************************
Kenapa banyak? sebab dah taknak fikir dah masa nikah nanti nak berdulang-dulang bagai.
Barang2 hantaran pun beli untuk yang boleh guna seharian.
Pasal dulang hantaran, Kalau ikutkan memang tak sempat survey. Otak memang dah jem memang tak menyempat nak tanya sedara mara. Masa tu aku busy sangat kerja. So, aku survey kat instagram je sebelum tido. hahaha.
Satu dulang hantaran kalau siap hias ada yang mencecah RM30 dan ke atas. Simple je pun hiasan tapi harga mak datokkk kemain mahal, Kau bayangkan aku 13 dulang? Dah berapa kan? Memang tak la. Kalau nak hias sendiri, nak beli bunga bagai pun mahal, bila masa plak nak hias??
Memang excited fefeeling konon nak ada pengalaman hias hantaran , tapi hampehh masa tak mengizinkan. lagipun aku majlis tunang simple2 je.
Hasil survey kat insta berjaya! aku jumpa insta @adriana_qaseh
dia ni orang Klang. Syukur dia buat delivery barang area Klang dan Shah Alam.
SEWA DULANG RM10 je beb! SATU DULANG RM10. SIAP BUNGA2 DAH.
13 DULANG BARU RM130 KAN? OKEY LA TUU..
Jadi, aku just letak barang dan ikat riben dan letak manik.
Kat bawah ni adalah senarai hantaran belah perempuan dan juga antara gambar-gambar :)
1) Al-Quran
2) Sejadah (Kakak ipar sponsor)
3) Sirih junjung
4) Wallet + handkerchief
5) Jam tangan
6) Cake (Kakak sponsor)
7) Cupcake (Kakak sponsor)
8) Cookies
9) Buah-buahan
10) Kemeja
11) Potpouri
12) Kasut
13) Chocolate in Box ( Kawan sponsor)
Tak pandai hias punnnnnn. huwahuwaaaa
Hantaran dari Pihak Lelaki
1) Sirih Junjung
2) Tepak sirih
3) Cookies + Chocolate
4) Cupcake
5) Handbag
6) Perfume
7) Jubah
8) Jam tangan
9) Buah-buahan
10) Cincin
11) Cake
12) Telekung
13) Potpouri
Ya Allah, hantaran belah lelaki sangatlahhhhhhh ohsemmm.. Klasik sangat weh.. Aku rasa terbalik lak. Patut ni hantaran daripada belah perempuan hahahaha..
KAU TENGOKKKK !
MACAM HANTARAN MODEN VS HANTARAN KLASIK
HAHAHAHA..
siap berkaca-kaca beb !
fyi : bakal mak mertua aku ada kedai cenderamata dan kedai kerepek2 kat Dataran Pahlawan , Melaka. Sebab tu la gini jadinya hantaran. hhuhuhu..
Moga korang semua dapatlah idea serba sedikit nak sediakan hantaran pertunangan / perkahwinan.
Sekian , terima kasihhhh heehee